Pemain Bangkok FC ditamatkan kontrak selepas aksi Muay Thai ke atas pemain lawan

0
60
Tindakan seorang pemain Bangkok FC menyiku muka lawan menyebabkamnya dibuang oleh pasukan

BANGKOK – Seorang pemain bola sepak pasukan Bangkok FC telah dibuang oleh pasukannya selepas melakukan kekasaran melampau terhadap pasukan lawan.

Berang dengan tindakan lawannya yang melakukan kekasaran dari belakang, Aisaret Ruangsuphanimit telah menyiku pihak lawannya sekali gus dilayangkan kad merah walaupun pasukannya sedang mendahului 3-0.

Susulan daripada kejadian itu pemain lawan menerima 24 jahitan pada bahagian atas bibirnya.

Satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh pasukan Bangkok FC dalam laman rasmi Facebook milik mereka.

“Pasukan Bangkok FC tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemain yang mempamerkan aksi agresif di padang, oleh sebab itu kontrak Aisaret Ruangsuphanimit telah ditamatkan serta merta kerana telah memberikan kesan terhadap nama baik pasukan” katanya.

Pasukan Bangkok FC juga mengucapkan takziah kepada pasukan lawan dan akan memastikan kejadian yg sama tidak akan berulang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here