Pemain tengah Arsenal peluk Islam

0
28
Gambar Partey bersama seorang imam, pencerama dan penulis buku memegang Al-Quran dipercayai selepas melafaz dua kalimah syahadah, semalam.

SPAIN _ Selepas pengislaman lagenda bola sepak Belanda dan AC Milan, Clarence Seedorf pada awal bulan lalu, pemain tengah Arsenal Thomas Partey semalam dikhabarkan mengikut jejak yang sama.

Berita pengislaman pemain kelahiran Ghana itu dikongsikan oleh wartawan sukan di United Kingdom semalam, Connor Humm melalui sekeping gambar yang menunjukkan Partey memegang Al-Quran bersama seorang imam.

Gambar berkenaan dilaporkan dikongsikan oleh seorang imam yang membantu Partey mengucap dua kalimah syahadah melalui Twitter dengan kapsyen berbunyi:

“Segala puji bagi Allah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Semoga Allah kekalkan dia dalam Islam,” katanya.

Pemain berusia 28 tahun itu bagaimanapun tidak membuat sebarang pengumuman mengenai perkara itu.

Partey menyertai Liga Perdana Inggeris dari kelab bola sepak Sepanyol, Atletico Madrid pada 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here