Pembela gesa kerajaan BN pinda Undang-Undang Tubuh Johor, perkasakan perundangan syariah

0
93
Aminuddin Yahaya

CYBERJAYA – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menggesa supaya Barisan Nasional (BN) yang telah berjaya membentuk kerajaan negeri Johor semalam meminda Undang-Undang Tubuh negeri itu dengan memperkukuhkan kedudukan perundangan syariah di Johor.

Menurut Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahaya, ini kerana penubuhan mahkamah syariah tidak termaktub dalam Undang-Undang Tubuh negeri Johor tetapi sekadar dalam enakmen pentadbiran sahaja.

“Ini menjadikan perundangan syariah di negeri Johor terdedah kepada ancaman perundangan lebih-lebih lagi telah banyak yang menyifatkan Mahkamah Syariah hanya sekadar tribunal sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, Pembela menggesa Menteri Besar Johor yang bakal dilantik nanti dengan kekuatan lebih dua per tiga dominasi kerusi DUN Johor memperbetulkan keadaan itu.

Beliau berkata, ia kerana memandangkan mutakhir ini telah banyak siri pencabaran terhadap kedudukan perundangan syariah di negeri-negeri lain dan tidak mustahil perkara itu bakal berlaku di Johor tidak lama lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here