Penceramah di PRN Johor dibenar buka pelitup muka

0
13
Anwar Ibrahim

CYBERJAYA – Penceramah yang terlibat dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kini dibenarkan untuk tidak memakai pelitup muka ketika menyampaikan ceramah atau syarahan umum.

Pengumuman itu dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kebenaran itu bagaimanapun hanya dibenarkan ketika seseorang penceramah itu berucap dan tidak berada rapat dalam satu-satu kumpulan.

Pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada orang ramai yang hadir pula tiada kelonggaran kerana mereka perlu memakai pelitup muka dan mengekalkan penjarakan sosial seperti biasa.

“Aktiviti bersalaman adalah dilarang.

“SPR berharap semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan dan etika kempen pilihan raya serta garis panduan pencegahan Covid-19 tersebut bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya dan tidak menggugat ketenteraman dan keselamatan awam,” kata kenyataan itu.

Menurut SPR, pindaan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 bagi pelaksanaan PRN Johor itu berkuakuasa serta-merta.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur pemantauan dan pelaksanaan SOP yang terlalu ketat dikenakan kepada pemimpin parti ketika berucap.

Semasa berucap di PRN Johor, Ahli Parlimen Port Dickson ditegur oleh kakitangan kesihatan selepas beliau menanggalkan pelitup mukanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here