
PUCHONG – Seorang pengawal keselamatan maut ditembak berhampiran sebuah bank di Puchong Prima di sini, hari ini.
Dalam kejadian lewat petang itu, seorang lagi mangsa cedera ditembak.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, siasatan awal mendapati kedua pengawal keselamatan berkenaan dipercayai sedang mengawal van keselamatan yang membawa sejumlah wang tunai.
“Bagaimanapun, suspek yang menembak kedua mangsa berjaya meloloskan diri,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Menurutnya, siasatan masih dijalankan sama ada kedua-dua mangsa hendak mengambil wang dari bank atau mengeluarkan wang dari van untuk dibawa ke bank berkenaan.