Pengeluaran khas KWSP RM10,000 dibenarkan, PM nasihat mohon jika benar-benar perlu

0
165
Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media sebentar tadi.

CYBERJAYA – Kerajaan hari ini membenarkan pengeluaran khas secara ‘one off’ berjumlah RM10,000 kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Keputusan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media khas sebentar tadi.

Ismail Sabri bagaimanapun merayu kepada pencarum yang layak supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

“Pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

“Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Ismail Sabri berkata, penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP itu akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

Beliau berkata, kebenaran pengeluaran itu diputuskan selepas kajian dan penelitian yang mendapati masih ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP, ”katanya.

Kerajaan sebelum ini telah membenarkan pengeluaran tiga skim daripada KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang berjumlah RM101 bilion dan melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik melanda negara 2 tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here