Pengisian menarik di Ekspo Usahawan Veteran TLDM di Malakat Mall

0
34

CYBERJAYA – Pelbagai program dan acara menarik menanti pengunjung di Malakat Mall hari ini sempena penganjuran dua hari Eskpo Usahawan Veteran TLDM yang bermula semalam.

Antaranya adalah ekspo perniagaan yang disertai oleh kira-kira 100 usahawan, dialog perniagaan, demonstrasi memasak, persembahan busking oleh veteran TLDM dan Zul Handy Black, ukiran ais dan aktiviti kanak-kanak.

Bagi program bual bicara perniagaan (BizTalk) dan peluang niaga, acara dibahagikan kepada dua segmen iaitu pada pukul 11 pagi dan 2.30 petang.

BizTalk pertama menampilkan Dr. Aida yang merupakan pakar teknologi makanan dan Perunding Perniagaan, Puan Masnani. Program turut menampilkan wakil dari TEKUN dan TERAJU.

BizTalk kedua pula menampil tokoh-tokoh perniagaan daripada Asputra, Popacorn, AgroPintar dan VX TEchnica.

Pengisian sebelah petang pula dimeriahkan dengan aktiviti kanak-kanak kelolaan McDonalds yang dijadualkan berlangsung pada 4.30 petang di aras dua pusat beli belah itu.

Pengunjung juga berpeluang menyaksikan demonstrasi ukiran ais pada pukul 4.45 petang dan persembahan muzik oleh artis terkenal, Zul Handy Black.

Kemeriahan Eskpo Usahawan Veteran TLDM di Malakat Mall, Cyberjaya.
Sebahagian daripada gerai milik usahawan veteran TLDM.

Pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai jenis produk makanan di Malakat Food Street yang dibuka sepanjang hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here