Penyanyi disyaki tanam pokok ganja didakwa esok

0
20

CYBERJAYA – Penyanyi dan komposer yang ditahan kerana disyaki menanam pokok ganja di kediamannya Khamis lalu, akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, esok.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek berusia 47 tahun itu akan didakwa atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 B akta sama.

Penyanyi terkenal itu ditahan bersama 17 pasu pokok ganja dan ketulan mampat ganja seberat 214g.

Difahamkan, suspek pernah menyertai kumpulan nasyid terkenal sebelum beralih kerjaya sebagai komposer.

Fakhrudin berkata, polis telah memantau kegiatan dadah suspek sejak sebulan lalu berdasarkan risikan.

Katanya, polis turut merampas peralatan penanaman ganja seperti lampu dan alat pengukur PH air.

Polis tidak menolak kemungkinan bekalan benih pokok ganja yang ditanam dibeli daripada pembekal dalam talian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here