Perang Rusia – Ukraine peluang Israel luaskan penempatan haram di Palestin

0
32
Perluasan penempatan tanpa henti dilakukan Israel untuk meningkatkan populasi penduduknya di Palestin.

TEL AVIV – Perang antara Rusia dengan Ukraine yang tercetus akan dijadikan peluang terbaik kepada Israel untuk membawa masuk rakyat Yahudi dari negara itu demi cita-cita memperluaskan penempatan negara haram itu di Palestin.

Melalui perancangan itu, Bahagian Penempatan Pertubuhan Zionis Sedunia telah mengumumkan pembinaan lebih 1,000 kediaman untuk keluarga Yahudi yang sanggup berhjijrah dari Ukraine.

Proses membawa pulang penduduk Yahudi ke ‘rumah asal’ mereka itu didakwa sedang diuruskan di beberapa pintu sempadan di Poland, Moldova, Romania dan Hungary.

Golongan tersebut juga dikatakan menerima layanan istimewa dan kini diberikan perlindungan sementara sebelum diterbangkan ke Israel.

Jemputan itu disifatkan bersifat rasis kerana tidak memberi peluang kepada pelarian yang bukan berketurunan Yahudi.

Professor Lana Tatour di Universiti New South Wales di Sydney berkata, pendekatan yang dilakukan oleh Israel itu dilihat adalah salah satu cara untuk meningkatkan populasi mereka di tahan Palestin.

“Israel sebenarnya bukan membuka sempadan negara mereka kepada pelarian Ukraine sebaliknya ia dibuka khas untuk komuniti Yahudi dari Kiev,” jelasnya.

Menurut Lana, Ukraine mempunyai kira-kira 200,000 penduduk Yahudi yang berkelayakan untuk menerima pelawaan dari Israel melalui Undang-Undang Kepulangan 1950.

Melalui undang-undang itu, rakyat Yahudi dari luar negara berhak mendapat kewarganegaraan di bawah peraturan pada 1952 yang diberikan kepada individu yang mempunyai ibu, bapa atau nenek dan datuk berbangsa Yahudi.

Menteri Dalam Negeri Israel, Ayelet Shaked sebelum ini menganggarkan kira-kira 15,000 pendatang Yahudi dari Kiev akan tiba di negara tersebut menjelang akhir bulan ini.

“Kami adalah ‘polisi insurans’ untuk golongan Yahudi,” kata anggota Parti Yamina itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here