Permohonan pengeluaran hanya menerusi portal pengeluaran khas – KWSP

0
1686
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Permohonan pengeluaran khas caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini hanya boleh dibuat melalui portal pengeluaran khas.

Menurut KWSP dalam satu paparan di akaun Facebook miliknya hari ini, bagi memastikan kelancaran urusan permohonan, pencarum perlu memastikan nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengannya.

Pencarum juga perlu memastikan nombor akaun bank yang dilampirkan masih aktif dan di atas nama sendiri, bukannya akaun bersama atau akaun syarikat.

Ahli KWSP juga perlu menyemak baki simpanan.

Menurutnya, ahli yang tidak boleh mempunyai akaun bank boleh memilih arahan bayaran sebagai kaedah bayaran.

KWSP berkata, soalan lazim pengeluaran khas akan dikongsikan dalam masa terdekat.

Permohonan bagi pengeluaran khas RM10,000 itu akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April depan dan berakhir pada hujung bulan.

Tempoh pembayaran akan dilaksanakan bermula 20 April 2022.

Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, selain perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.

Kebenaran pengeluaran khas secara ‘one off’ itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri ISmail Sabri Yaakob pada 16 Mac lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here