Pertama kali rasa, pelajar kulinari ‘terkejut’ keenakan makanan di Casa De Madani

0
57
Pelajar KKBB melihat cara penyediaan makanan berkelas dunia di Casa De Madani

CYBERJAYA – “Rasa makanan yang sangat enak dan tidak pernah saya rasa sebelum ini,” itulah ungkapan daripada Ahmad Rafaie Baharudin selepas merasai keenakan makanan di Restoran Casa De Madani di Malakat Mall di sini.

Ahmad Rafaie merupakan salah seorang daripada 30 pelajar kulinari Kolej Komuniti Bukit Beruang (KKBB), Melaka sempena program lawatan ke Casa De Madani hari ini.

Katanya, pengalaman melawat restoran halal fine dining pertama di Malaysia itu sangat berharga kerana dapat melihat sendiri kepakaran chef tempatan menyediakan menu bertaraf dunia.

“Hari saya sangat teruja kerana dapat melihat dan merasai sendiri hidangan yang disediakan di sini.

Rafaie

“Macam hari ini saya dan rakan-rakan lain dapat merasai hidangan makanan yang menjadi tarikan utama di sini iaitu ‘The King of Prawn’, yang mana udang ini dimasak menggunakan suhu rendah, dicampur dengan ramuan mentega dan dihidang bersama nasi dan ‘Saffron Crema Button Mushroom’,” katanya kepada Malakat Tribune.

Pelajar KKBB melihat cara penyediaan makanan berkelas dunia di Casa De Madani

Dalam pada itu pensyarah KKBB, Muhammad Farid Yusof berkata, tujuan lawatan ke restoran itu adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar terhadap industri makanan yang merangkumi cara penyediaan makanan dan cara sesebuah restoran beroperasi.

Pelajar KKBB dihidangkan makanan berkelas dunia di Casa De Madani

“Antara sebab utama saya memilih restoran ini adalah kerana keunikan konsep yang ditampilkan di restoran ini dan bahan masakan yang digunakan juga berkualiti dan segar.

“Ini merupakan kali kedua saya membawa pelajar saya ke Restoran Casa De Madani seterusnya merasai sendiri suasana di sebuah restoran yang berprestij,” katanya.

Muhammad Farid

Sementara itu, Muhammad Farid berkata,
bidang kulinari bukan sahaja terhad kepada penyediaan makanan malah memerlukan elemen kreativiti bagi menonjolkan lagi hidangan tersebut.

Malah, beliau juga yakin dengan menerapkan elemen kreativiti dalam bidang kulinari ia akan menarik perhatian lebih ramai anak muda untuk menceburi bidang tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here