Pertembungan peribadi Najib dan Muhyiddin hangatkan kempen PRN Johor – Ilham Centre

0
57
Kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghangatkan kempen PRN Johor

CYBERJAYA – Pertembungan peribadi antara dua bekas Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghangatkan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Menurut badan penyelidik, Ilham Centre, Ahli Parlimen Pekan itu mempamerkan kesungguhan luar biasa melalui blusukan dengan pengundi berbanding dengan siri pilihan raya kecil yang lain.

Malah katanya, MCA turut menggunakan pengaruh populariti beliau untuk berusaha memecahkan dominasi sokongan pengundi Cina kepada DAP.

“PRN Johor hangat kerana dipanaskan dengan kenyataan serang menyerang antara Najib Razak dan Muhyiddin Yassin.

“Perseteruan peribadi mereka mengheret pengundi untuk menentukan sikap dalam pengundian kelak. Tanpa kontroversi dan berita panas ini mungkin fasa kempen PRN Johor akan lebih sejuk dan suram.

“Najib Razak mempamerkan kesungguhan luar biasa melalui blusukan dengan pengundi berbanding dengan siri pilihan raya kecil yang lain. MCA turut menggunakan pengaruh populariti beliau untuk berusaha memecahkan dominasi sokongan pengundi Cina kepada DAP.

“Penerimaan pengundi terhadap kehadiran beliau dipamerkan seakan-akan mantan perdana menteri tersebut tidak terpalit dengan sebarang skandal mahupun keputusan bersalah oleh mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, kehadiran Najib juga menjadi faktor penarik dan membina momentum tersendiri kepada kempen kepada BN.

Mengulas mengenai Muhyiddin pula, katanya, Ahli Parlimen Pagoh itu memanfaatkan pengaruh beliau di Johor untuk mengimbangi pengaruh Najib.

Katanya, imej beliau itu telah dijadikan ‘poster boy’ kepada kempen PN seluruh Johor.

“Menyukat populariti Muhyiddin di Johor, 43 peratus mengakui beliau berpengaruh di negeri selatan ini.

“Sedikit sebanyak kekuatan Muhyiddin ini membantu PN muncul sebagai pesaing terdekat BN terutama di kawasan majoriti Melayu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here