
CYBERJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak orang ramai berdoa supaya proses mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang, Selangor ditemui segera.
Perdana Menteri berkata, ketika ini pasukan bomba dan penyelamat terus melakukan kerja-kerja menyelamat secara pantas dan dalam usaha mencari mangsa.
“Kejadian ini mengakibatkan 15 buah rumah dan 10 kenderaan terjejas.
“Sama-sama kita berdoa semoga mangsa-mangsa yang masih dicari itu dapat diselamatkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu dalam keadian petang tadi empat
orang mangsa dikhuatiri tertimbus bagaimanapun, bomba mengesahkan seroang mangsa yang juga warga emas berjaya dibawa keluar kira-kira sejam kemudian.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata, sebuah jentera dengan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan dikerah ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 5.54 petang.