PM gesa kaedah perundangan diambil bagi lindungi aset landskap

0
15
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Hari Landskap Negara 2022 di Taman Ekoflora, Puteri Wangsa, di sini, hari ini.

JOHOR BAHRU – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, satu kaedah kawalan secara perundangan perlu diwujudkan bagi memastikan aset landskap dapat dilindungi.

Perdana Menteri berkata, pada masa pendidikan berterusan secara lebih berkesan perlu dilakukan kerana kehilangan aset landskap akan membawa kerugian kepada negara dan sukar untuk dikembalikan.

Selain itu, katanya, keutamaan juga perlu diberikan kepada usaha melindungi aset landskap Keluarga Malaysia dan mempertingkat kualiti perkhidmatan landskap negara.

“Suka saya cadangkan supaya ia turut didasari dengan peningkatan nilai sosial dan ekonomi kepada Keluarga Malaysia, serta peningkatan nilai aset negara, sama ada dinilai berdasarkan nilai ketara atau nilai bukan ketara.

“Bagi memastikan Keluarga Malaysia mendapat manfaat sepenuhnya, program Landskap Negara perlu diteruskan, dan kepentingan landskap dalam pembangunan negara perlu diperkukuhkan.

“Sebagai satu panduan, suka saya mencadangkan supaya empat perkara itu diberikan kepentingan, dalam hala tuju pembangunan landskap negara pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Hari Landskap Negara 2022 di Taman Ekoflora, Puteri Wangsa, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Hasni Mohammad serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut berharap agar pembangunan landskap pada masa 25 tahun akan datang menjadi lebih maju dan menawarkan kualiti landskap yang unggul.

Beliau berkata, ia supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang dan segala usaha itu perlu bermula pada hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here