PM lawat Kelantan, Terengganu esok; dijangka umum bantuan banjir

0
13
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan mengumumkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir dalam lawatan beliau ke Kelantan dan Terengganu mulai esok.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad, hari ini.

“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan melakukan lawatan esok di kedua-dua negeri, saya kira pengumuman akan dibuat mengenai bantuan wang ihsan dan bantuan lain kepada mereka yang terkesan akibat bencana banjir di Pantai Timur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) sewaktu pertanyaan tambahan pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini berkaitan bantuan wang ihsan termasuk bantuan persekolahan kepada anak-anak yang turut terjejas akibat banjir yang sedang melanda di Kelantan dan Terengganu.

Menjawab soalan asal mengenai langkah drastik bagi menangani banjir di Pantai Timur, Abdul Latiff berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (MDCC) sudah mengeluarkan notis kesiapsiagaan banjir.

Notis itu, jelasnya, dikeluarkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dan daerah serta menerima maklum balas amat positif daripada pelbagai agensi, sejak 23 Februari lalu.

Memperincikan kawasan terjejas kejadian banjir di Pantai Timur, beliau berkata, sebanyak tujuh daerah di Kelantan, manakala lapan lagi di Terengganu terjejas akibat kejadian itu ketika ini.

“Semua kita tahu kemuncak pemindahan (mangsa) banjir adalah antara 26 hingga 28 Februari tetapi oleh kerana kita bekerjasama dengan METMalaysia (Jabatan Meteorologi) dan maklumat awal disampaikan awal kepada negeri dan daerah.

“Maka, kesiapsiagaan di peringkat negeri dan daerah di Kelantan dan Terengganu dapat dijalankan dengan suasana amat positif,” katanya.

Tambahnya lagi, sebanyal 10,000 petugas barisan hadapan telah digerakan ke kawasan banjir bagi membantu mangsa-mangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here