PM mulakan lawatan dua hari ke Vietnam

0
17
Perdana Menteri turut disambut oleh Saifudin (dua, kiri) ketika tiba di Hanoi, Vietnam, hari ini.

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan lawatannya ke Hanoi, Vietnam dengan mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat negara itu yang mempunyai kepentingan di Malaysia dan yang berhasrat untuk mengembangkan perniagaan mereka ke Malaysia.

Perdana Menteri yang sedang dalam rangka lawatan ke Vietnam selama dua hari, tiba di Hanoi pada pukul 1.45 petang (waktu temoatan) dan disambut Pengerusi Kerajaan Vietnam, Tran Van Son selaku menteri pengiring.

Turut menyambut ketibaan Ismail Sabri yang mengadakan lawatan sulungnya ke negara itu selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ialah Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan beberapa pegawai kanan.

Jadual lawatan hari pertama Menteri turut diisi dengan kunjungan ke atas ahli Keluarga Malaysia yang berada di sana.

Esok, satu majlis sambutan rasmi akan diadakan di Istana Presiden Vietnam, diikuti dengan sesi bergambar Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Vietnam.

Kedua-dua pemimpin itu kemudiannya akan mengadakan perbincangan dan diikuti sesi pertukaran dokumen sebelum majlis makan tengah hari.

Dokumen itu adalah memorandum persefahaman (MOU) berhubung perundangan, kerjasama perburuhan, surat niat antara Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negara Malaysia dengan Akademi Diplomasi Vietnam, dan pertukaran dokumen antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dengan Agensi Berita Vietnam (VNA).

Perdana Menteri juga dijangka membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Vietnam, Nguyen Xuan Phuc diikuti kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong dan kemudiannya bertemu Pengerusi Dewan Rakyat Chairman of the National Assembly, Vuong Dinh Hue.

Antara perkara yang dijangka akan dibincangkan termasuk bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Beliau akan berlepas pulang ke Malaysia pada Selasa pagi selepas mengadakan sidang akhbar bersama media Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here