Polis masih siasat isu saham Azam Baki

0
8
Tan Sri Azam Baki

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan siasatan berhubung pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki meskipun Suruhanjaya Sekuriti (SC) sudah menutup siasatan terhadapnya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, siasatan yang masih diteruskan itu berkait Dang Wangi report 396/2022 bertarikh 6 Januari lalu, dengan membuka Kertas Enkuiri Polis.

“Setakat ini, siasatan masih berterusan. Sehubungan itu, kementerian tidak berhasrat untuk mengulas lebih lanjut berhubung kes ini supaya tidak mengganggu siasatan yang masih berlangsung,” katanya memetik laporan BH Online hari ini.

Terdahulu beliau menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) bertanyakan sama ada siasatan terhadap Azam berkenaan isu pemilikan saham atas nama beliau masih berjalan, biarpun SC sudah memuktamadkan dan menutup siasatan terhadap beliau dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Azam sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan mempunyai kawalan ke atas banyak syarikat, termasuk syarikat konglomerat seperti didakwa.

Beliau memberi alasan akaun saham itu digunakan oleh adiknya, Datuk Nasir Baki dalam urus niaga, selain Azam tidak mempunyai kepentingan atau manfaat terhadap saham yang dibeli.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here