PRN Johor: BN dijangka menang 35 kerusi, PH 10 kerusi – Iham Centre

0
53
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Badan penyelidik, Ilham Centre menjangkakan Barisan Nasional (BN) mampu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan sekurang-kurangnya 35 kerusi.

Menurut Ilham Centre, manakala Pakatan Harapan (PH) pula dijangka menang di 10 kerusi.

“Baki lagi 11 kerusi pula tidak dapat dibaca kerana berlaku perebutan sengit untuk dimenangi oleh Perikatan Nasional (PN), BN dan PH,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, 11 DUN yang sukar diramal adalah di Paloh, Endau dan Simpang Jeram berikutan calon yang bertanding.

Ujarnya, bagi kerusi Kemelah, Bekok, Tangkak, Yong Peng, Parit Yaani, Puteri Wangsa, Kempas dan Kota Iskandar pula disebabkan jangkaan keluar mengundi yang rendah terutama penyusutan di kalangan pengundi Cina dan sebesar mana rekahan pengundi Melayu yang akan diterima oleh BN dan PN.

Sementara itu, katanya, perpecahan dalam kalangan pembangkang ternyata memberikan kelebihan kepada BN.

Katanya, walaupun PN tampil sebagai kuasa baru mencabar dominasi BN dan PH, ia tidak dapat menandingi BN kerana  kekurangan sokongan daripada segmen pengundi Cina kepada gabungan tersebut.

Jelasnya, situasi itu menjejaskan peluang kemenangan mereka.

“Ternyata peribahasa Melayu, “Jong pecah yu kenyang” tepat dalam menggambarkan apa yang berlaku dalam pilihan raya ini.

“Perpecahan pembangkang yang terlalu rencam dan berbilang penjuru memecahkan kekuatan undi PH semasa pilihan raya umum yang lalu, secara taktikalnya menguntungkan BN.

“Kemunculan parti-parti baru pertama kali mencuba nasib dalam medan demokrasi seperti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Warisan dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) telah memeriahkan pilihan raya kali ini sebagai pesta demokrasi sekaligus menjadi tanda aras pilihan raya umum akan datang.

“Parti-parti baru ini cuba membuat pemasaran politik bagi memperkenalkan parti mereka kepada pengundi buat pertama kali. Muda dilihat terkehadapan berjaya berjaya menjalinkan kerjasama ‘electoral pact’ bersama PH meskipun bertembung dengan PKR di Larkin,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here