PRN Johor: BN dilandasan tepat menang lebih 28 kerusi DUN

0
75
Norshida ketika berkempen di saat-saat akhir sempena PRN Johor.

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) dilihat berada di landasan yang tepat untuk menepati ramalan banyak pihak dengan memenangi lebih daripada 28 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim mengingatkan jentera BN supaya sentiasa berwaspada dalam baki sehari sahaja lagi sebelum tarikh pembuangan undi pada Sabtu ini.

“BN perlu beringat bahawa tinggal baki sehari sahaja lagi dan perlu memastikan jentera terus mendekati seramai mungkin pengundi di setiap pelosok Johor tanpa segan silu supaya kita dapat mandat yang penuh daripada rakyat Johor untuk menjadi kerajaan negeri yang stabil dan kuat,”katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Mengulas lanjut, Norshida berkata, setiap kempen yang dilakukan di saat-saat akhir ini perlu menumpukan kepada isu tempatan dengan berlandaskan kepada rancangan lima teras IKHTIAR BN Johor.

Beliau berkata, manifesto BN itu perlu diperluaskan kepada seluruh pengundi Johor supaya mereka benar-benar yakin terhadap BN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here