
JOHOR BAHRU – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir yang sebelum ini disandang Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal dipertahankan oleh calon Bersatu daripada Perikatan Nasional (PN) selepas
jatuh ke tangan calon Barisan Nasional (BN).
Berdasarkan keputusan terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kerusi itu dirampas BN melalui calonnya, Sahrihan Jani dengan majoriti 3,146.
Beliau menewaskan calon PN yang juga Ketua Penerangan Bersatu Johor, Mohd. Solihan Badri, Nain Jusri (PKR) dan Suraya Sulaiman (Pejuang).

Semalam Malakat Tribune melaporkan laporan daripada Ilham Centre meramalkan kerusi tersebut akan terlepas ke tangan BN berikutan kekurangan jumlah sokongan daripada pengundi bukan Melayu.