PRN Johor: Kerusi DUN Gambir milik Muhyiddin dalam PRU lalu dijangka dirampas BN

0
141
Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir yang dimenangi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu menerusi tiket Pakatan Harapan (PH) dijangka terlepas ke tangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung esok.

Menurut kajian oleh badan penyelidik, Ilham Centre, ia selepas kerusi yang kini disandang oleh Bersatu selepas keluar dari PH dan membentuk gabungan Perikatan Nasional (PN) sukar mendapat sokongan bukan Melayu.

“Dapatan kami menunjukkan BN dominan di segmen komposisi etnik Melayu 70 peratus dan manakala bagi komposisi etnik Melayu 50-69 peratus, walaupun PN dan PH memberi saingan hebat, namun secara teknikalnya kemenangan akan berpihak kepada BN.

“Secara contoh di DUN Gambir, semakin tinggi sokongan yang diperolehi oleh PN di kalangan pengundi Melayu, kemenangan masih lagi memihak kepada BN kerana PN tidak berjaya melepasi aras sokongan pengundi bukan Melayu yang diperlukan.

“Ini berlaku kerana undi tersebut berpihak kepada PH dan menyebabkan BN memperolehi kemenangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam PRU lalu Muhyiddin menang di DUN Gambir selepas memperoleh majoriti 3,088 undi mengalahkan calon BN, Datuk M Asojan serta calon Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Mohd Solihan Badri

Bagaimanapun dalam PRN kali ini bekas Perdana Menteri itu memutuskan untuk tidak bertanding di kerusi tersebut dan menamakan Ketua Penerangan Bersatu Johor, Mohd Solihan Badri untuk bertanding menentang calon BN, Sahrihan Jani; calon Parti Pejuang Tanah Air, Suraya Sulaiman dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Naim Jusri.

Sahrihan Jani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here