PRN Johor: Undi tentera, populariti Hishammuddin antara faktor kemenangan BN

0
52
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berswata foto bersama anggota TLDM baru-baru ini

CYBERJAYA – Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam telah dijangkakan berdasarkan corak pengundian yang berlaku dalam PRN Melaka yang lepas.

Penganalisis Keselamatan dan Politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, antara yang menyumbang dalam kemenangan pilihan raya yang lepas adalah berkemungkinan kecenderungan undi tentera kepada BN

Beliau berkata, faktor itu mungkin disebabkan populariti Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mempunyai rekod yang baik dalam pengurusan hal ehwal kebajikan anggota tentera dan imejnya yang positif.

“Faktor individu perlu diperakui menjadi faktor kemenangan dalam mana mana pilihanraya khususnya pilihan raya umum negeri dan ini memberi kelebihan pada BN kerana Hishamuddin adalah antara Menteri Pertahanan yang popular di kalangan anggota tentera.

“Kestabilan kerajaan adalalah sebahagian dari aspek keselamatan negara maka anggota tentera juga menyumbang kepada pembentukan kerajaan negeri yang kuat dalam aspek menstabilkan politik negara dengan mengundi gabungan yang boleh menjalankan tadbir urus sektoral dengan baik termasuk elemen pertahanan negara,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Dalam PRN Johor lalu seramai 87 peratus daripada 22,531 pengundi awal melibatkan tentera dan polis turun mengundi.

Difahamkan undi tentera telah memihak kepada BN di beberapa DUN dan peti undi.

BN berjaya mencatatkan kemenangan cemerlang dengan memperoleh 40 kerusi DUN diikuti Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 11 kerusi, Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi manaka PKR dan Muda masing-masing mendapat satu kerusi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here