Antara persembahan yang disajikan dalam Program Srikandi Cinta Watan di Malakat Mall hari ini

CYBERJAYA – Program Srikandi Cinta Watan 2022 yang julung kali dianjurkan di Malakat Mall di sini meriah dengan kehadiran ramai pengunjung.

Acara itu yang berlangsung bermula pukul 9.30 pagi dimulakan dengan alunan selawat dan qasidah diikuti dengan persembahan syair bertajuk Alam Melayu.

Pengunjung yang hadir kemudian disajikan
tarian tradisional srikandi Melayu, seni silat dan persembahan memanah.

Persembahan seni silat itu dibawakan khas oleh pesilat daripada Dunia Seni Silat Melayu (DSSM).

Sebahagian peserta yang hadir dalam program Srikandi Cinta Watan

Selain itu, turut diadakan ialah forum yang dirasmikan oleh Prof Datuk Dr Shamrahayu A. Aziz itu turut menampilkan tokoh-tokoh terkenal dalam program bual bicara.

Sebahagian peserta yang hadir dalam program Srikandi Cinta Watan

Antaranya, Pengarah, Pusat Penyelidikan Biokimia Analisis (USM), Prof Dr. Zafarina Zainuddin; Penulis Miftahul Malayu Sejarah Islam Alam Melayu, Bonda Tun Suzana Tun Othman; Penulis Buku Wali Wanita Teragung, Ustazah Ateh Yani; Ketua Srikandi DSSM, Zahara Hatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here