Provokasi Bubar Parlimen satu tindakan biadap, cemar maruah parti

0
38
Shahrul Fadhel Mohd Aziz

CYBERJAYA – Provokasi ‘Bubar Parlimen’ oleh sesetengah pihak berkepentingan selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dilemparkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah tindakan biadap dan kurang ajar.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kubang Kerian, Shahrul Fadhel Mohd Aziz berkata, pembubaran Parlimen bukan perkara yang boleh diambil mudah kerana memerlukan penelitian banyak aspek.

Katanya, laungan tersebut dilihat tidak kena pada tempat dan boleh mengeruhkan permuafakatan parti bahkan membuatkan rakyat ‘meluat’ sehingga beralih kepada pihak lain dalam PRU 15 nanti.

“Kemenangan ini hadir bersama besarnya tanggungjawab untuk membawa aspirasi rakyat, dan semestinya tidak dapat dinafikan sama sekali ‘mood’ rakyat yang menyebelahi BN ini dicapai dari rasa yakinnya rakyat di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pandan, Mohd Neezam Abdul Aziz turut berkongsi nada yang sama berhubung insiden tersebut.

Katanya, kejadian yang dicetuskan oleh segelintir penyokong BN itu telah mencalar kemenangan parti dan jelas bercanggah dengan budaya UMNO.

“Keputusan berhubung Pilihan Raya ke-15 tertakluk kepada perbincangan pemimpin tertinggi UMNO termasuklah Datuk Seri Ismail Sabri sendiri selaku Naib Presiden UMNO dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

“Di peringkat akar umbi, janganlah berperangai terlebih sudu dari kuah. Hormati peranan dan keputusan pemimpin tertinggi UMNO berhubung apa-apa jua isu,” tegas beliau.

Mohd Neezam Abdul Aziz
Amin Shukor

Ketua Pemuda UMNO Damansara, Amin Shukor Damansara berkata, laungan untuk membubar Parlimen dalam suasana rakyat Johor baharu sahaja memilih pemimpin adalah satu kegelojohan.

“Khidmat-khidmat bakti YB-YB yang dipilih belum lagi teruji dan terbukti. Yang merisaukan saya, BN akan dilihat agak angkuh, gelojoh, sombong dan kurang cerdik.

“Jangan kerana ingin meraih ‘kredit dan mileage’ peribadi dari kepimpinan sehingga ada yang sanggup memaparkan kerendahan hati budi parti UMNO-BN kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, kemenangan dalam PRN Johor bukan kerja seorang tetapi hasil kerja keras berpasukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here