Putrajaya Cyborg sasar aksi final STL Champion Cup

0
153
Aksi pemain Putrajaya Cyborg dalam Liga STL baru-baru ini

CYBERJAYA – Meskipun diundi dalam kumpulan maut, pasukan Putrajaya Cyborg tetap optimis untuk memberikan persembahan terbaik dalam kejohanan Emas Anuar STL Champion Cup 2021/2022 yang akan bermula dari 20 hingga 26 Mac ini.

Ketua Jurulatih Putrajaya Cyborg, Zulkarnain Arif, pasukan yang berpangkalan di Putrajaya itu juga berhasrat untuk melakar kejutan dengan mara ke pentas final.

Zulkarnain berkata, pihaknya yakin sasaran itu boleh dicapai dengan komitmen dan semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan pemain selepas berjaya menduduki tempat keenam Liga STL yang berakhir baru-baru ini.

Zulkarnain

“Untuk saingan kali ini Putrajaya Cyborg telah diundi berada di dalam kumpulan bersama Kuala Lumpur Thunders, Penang Black Panthers, Melaka Titans dan satu pasukan jemputan dari luar negara yang akan diumumkan kelak.

“Dalam latihan pada minggu ini, kita lebih menumpukan kepada tahap kecergasan pemain selepas menharungi minggu yang panjang dalam saingan Liga STL.

“Pada minggu hadapan, barulah kita akan lebih memberi tumpuan pada strategi dan pasukan yang akan dihadapi,” kata Zulkarnain kepada Malakat Tribune hari ini.

Sesi latihan Putrajaya Cyborg semalam

Dalam pada itu, mengulas mengenai undian pasukan itu yang diletakkan dalam kumpulan maut, Zulkarnain tetap positif dan akan berusaha untuk mengatasi segala kelemahan bagi memastikan persembahan pasukannya lebih mantap pada kejuaraan yang akan berlangsung di Johor Bahru itu nanti.

Zulkarnain berkata, bagi memantapkan lagi pasukan, Putrajaya Cyborg akan membariskan dua tekong baharu dalam kejohanan itu.

Bagaimanapun, Zulkarnain enggan mendedahkan nama dua tekong tersebut dan mahu merahsiakan senjata baharu itu sehingga kejohanan berlangsung.

Sebagai rekod, saingan Liga STL kali ini dimenangi pasukan ATM Guardian manakala KL Thunder meraih naib juara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here