‘Rejaman’ Syahir Rosdi ditagih KL Thunder untuk ulangi kemenangan bertemu Penang Black Pathers

0
186
Syahir Rosdi

JOHOR BAHRU – Pasukan juara bertahan kejohanan Champion Cup STL musim lalu, KL Thunder tidak memandang mudah cabaran Penang Black Panthers yang sedikit tempang susulan kecederaan dialami perejam importnya, Aekasit Naphom.

Ketua jurulatih KL Thunder, Mohd Rashidi Nordin berkata, sehubungan itu persiapan rapi telah dilakukan pasukannya bagi bertemu pasukan Penang yang sudah pasti mahu meraih kemenangan dalam misi menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya.

“Persediaan yang rapi telah pun kami buat selama dua minggu sebelum bermulanya Champion Cup.

“Penang Black Panthers mungkin menghadapi masalah dengan kecederaan Aekasit tapi kami akan lebih berhati-hati dan menajamkan lagi serangan kerana dengan serangan yang baik boleh membuahkan kejayaan buat KL Thunder,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Mohd Rashidi Nordin

Dalam perlawanan pertama Kumpulan B semalam, KL Thunder berjaya menewaskan Melaka Titan dengan straight set 21-14, 21-16

Pasukan ibu kota itu dijadualkan berdepan dengan Penang Black Panthers pada jam 8 malam ini.

Mengulas lanjut mengenai pertemuan malam ini, katanya, pasukan KL Thunder berharap dapat mengekalkan momentum seperti ketika menewaskan Penang beberapa minggu lalu dalam kejohanan liga STL Emas Anuar.

“Kita tidak tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk mengekalkan kejuaraan yang lalu dan kami akui ianya bukan mudah namun kami akan memberikan fokus untuk menang di setiap perlawanan yang kita hadapi

“Dalam pertemuan dengan Penang Black Panthers yang lalu KL Thunder telah menang straight game dan kita harapkan akan dapat terus mengekalkan momentum yang baik seperti itu lagi.

“Prestasi Syahir Rosdi juga semakin baik tapi dia perlu lebih konsisten dalam melakukan servis, kalau perkara itu dapat dikekalkan insya-Allah kita akan beroleh kemenangan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here