Sebarang tuntutan terhadap Sabah tidak akan dilayan – PM

0
17
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Sebarang tuntutan berkaitan negeri Sabah daripada kerajaan Malaysia tidak akan dilayan kerana negeri itu telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memandang serius isu kedaulatan negara, termasuk kedaulatan dan keutuhan Sabah dalam Malaysia.

Katanya, tuntutan oleh pihak yang mengaku sebagai waris kepada Sultan Sulu terhadap kerajaan melalui satu prosiding timbang tara (arbitration) antarabangsa adalah tidak sah dan melanggari undang undang.

“Pelantikan penimbang tara, Dr Gonzalo Stampa sudah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Madrid pada 29 Jun 2021, yang mengakibatkan semua keputusan dikeluarkannya adalah tidak sah, termasuk Final Award yang dikeluarkan pada 28 Februari lalu.

“Walaupun pelantikan Dr. Stampa telah dibatalkan tetapi Dr. Stampa tidak mengendahkan keputusan Mahkamah Tinggi Madrid dengan memindahkan tempat timbang tara ke Paris, Perancis dan telah meneruskan prosiding timbang tara tersebut sehinggalah beliau mengeluarkan Final Award tersebut.,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu Ismail berkata, bagi memastikan kepentingan Malaysia terpelihara, kerajaan menfailkan permohonan untuk membatalkan Final itu pada 3 Mac 2022 di Mahkamah di Paris, Perancis.

“Tindakan ini adalah bagi memastikan keputusan Final Award itu tidak boleh dikuatkuasakan oleh penuntut pada bila-bila masa dan di mana-mana negara dan supaya Malaysia tidak perlu membayar wang pampasan sebanyak AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) seperti yang dituntut,” katanya.

Juisteru tegas beliau, kerajaan tidak akan berganjak daripada keputusan untuk mempertahankan kedudukan Sabah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here