Sekolah mula dibuka

0
11
Seorang murid bersalaman dengan ayahnya sebelum memasuki sekolah bagi memulakan sesi persekolahan secara bersemuka dengan guru hari ini.

PUTRAJAYA – Sesi persekolahan penggal 1 tahun 2022 secara bersemuka melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah bermula secara rasmi, hari ini.

Tinjauan Malakat Tribune di Sekolah Kebangsaan Putrajaya (2) mendapati, rata-rata murid bersemangat dengan pembukaan semula sekolah selepas menjalani cuti penggal.

Ibu bapa yang ditemui turut memberi reaksi positif terhadap pembukaan sekolah, di mana murid dapat kembali menjalankan pembelajaran secara bersemuka berbanding secara dalam talian.

Menurut seorang bapa, Syukor Hashim, 48, pembelajaran secara bersemuka adalah lebih baik kerana anaknya akan lebih fokus di samping dapat berinteraksi bersama guru di dalam kelas sekiranya tidak memahami sesuatu subjek.

“Saya lebih menggalakan anak untuk belajar secara bersemuka berbanding kelas dalam talian kerana mereka akan dapat mengasah kemahiran sosial mereka”, kata Syukor yang mempunyai seorang anak yang belajar di Tahun 3.

Sementara itu seorang ibu, Nur Kamizatul, 42, berkata, memandangkan tidak boleh menghantar anak hingga ke kelas seperti sebelum ini, dia turut mengingatkan anak-anak supaya mematuhi prosedur operasi standard  (SOP) yang telah ditetapkan.

“Selain Tahun Satu, dua lagi anak saya di Tahun Dua dan Tiga. Kita beri maklumat awal kepada anak-anak, apa perlu dibuat dan ikut arahan cikgu. Beri semangat kepada dia nak elakkan dia menangis.

“Anak saya pernah bersekolah dari awal di tadika, jadi tak ada masalah. Kita juga berharap kumpulan aplikasi WhatsApp banyak membantu dari segi pengurusan makanan, pembelajaran dan pendedahan persekitaran sekolah kerana kita bergantung 100 peratus kepada guru,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan anak tahun satu, dia berkata, anaknya tidak menghadapi sebarang masalah dan abangnya akan membantu jika diperlukan.

“Sebelum pandemik, ibu bapa boleh menemani anak pada waktu rehat dan peralihan kelas juga membantu. Takut dia tak boleh berdikari tapi alhamdulillah, anak saya boleh terima dan harapkan bantuan abang,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here