Sempadan negara dibuka 1 April – PM

0
12
ISMAIL SABRI

CYBERJAYA – Negara akan memasuki fasa peralihan ke endemik mulai 1 April depan.

Berikutan itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempadan negara akan dibuka semula mulai tarikh yang sama.

“Dengan pembukaan semula sempadan negara ini, rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah kini boleh keluar masuk negara seperti biasa serta dibenarkan untuk pergi ke mana-mana negara yang turut membuka pintu sempadannya kepada pengembara luar.

“Dalam masa yang sama, rakyat negara luar dengan dokumen perjalanan yang sah juga boleh melakukan pergerakan keluar masuk ke Malaysia tanpa perlu lagi memohon MyTravelPass yang akan dimansuhkan,” katanya dalam satu sidang akhbar khas di Parlimen, sebentar tadi.

Jelas Perdana Menteri, keputusan membuka kembali sempadan adalah berdasarkan tiga perkara asas iaitu sains dan fakta terkini, keperluan pembukaan sempadan di negara-negara lain, dan memberi keselesaan kepada pengembara dan tidak merumitkan perjalanan mereka.

Walaubagaimanapun, jelas Perdana Menteri, berdasarkan keadaan semasa, terdapat beberapa prosedur yang wajib dipatuhi sama ada rakyat Malaysia sendiri mahupun pengembara luar yang ingin masuk ke Malaysia.

“Bagi yang telah menerima vaksinasi lengkap, tiada keperluan untuk menjalani sebarang tempoh kuarantin dan hanya perlu melalui ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR dua hari sebelum berlepas serta ujian RTK-Ag (profesional) dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.

“Bagi status vaksinasi lain seperti tidak menerima vaksin atas sebab perubatan dan tidak menerima sebarang vaksinasi, Menteri Kesihatan (Khairy Jamaludin) akan memperincikan prosedurnya untuk makluman umum esok,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here