Serangan laser ke arah Salah jadi punca Mesir gagal ke Piala Dunia Qatar 2022

0
162
Wajah Salah yang dipenuhi pancaran laser oleh penyokong Senegal

DAKAR – Pasukan Senegal berjaya melangkah ke pentas Piala Dunia Qatar 2022 selepas menumpaskan Mesir melalui penentuan sepakan penalti 3-1 pada pagi tadi.

Mohamed Salah yang diberi tanggungjawab untuk menyempurnakan sepakan pertama gagal berbuat demikian.

Bagaimanapun kegagalan Salah mengambil sepakan itu diiringi dengan puluhan pancaran laser yang disasarkan ke arah mukanya.

Salah yang jelas terganggu dengan ‘serangan’ laser penonton tuan rumah melakukan tendangan tinggi yang membawa kepada kekalahan Mesir, sekali gus gagal melayakkan diri ke Piala Dunia.

Sebagai rekod ini merupakan kali kedua dalam tempoh hampir dua bulan Mesir kalah kepada Senegal menerusi penentuan sepakan penalti sejak Senegal menjulang Piala Afrika pada 7 Februari lalu.

Terdahulu kedua-dua pasukan terikat secara agregat 1-1 selepas gol sendiri Hamdi Fathi pada minit keempat membolehkan Senegal menang 1-0 di Stade Me Abdoulaye Wade.

Mesir sebelum ini menumpaskan Senegal 1-0 dalam perlawanan pertama di Kaherah, minggu lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here