SOP bebankan orang rami di pintu sempadan perlu dikaji semula – kata Muhyiddin

0
18
Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa supaya prosedur operasi standard (SOP) yang menyusahkan orang ramai terutamanya di pintu sempadan darat dan air seperti di pintu sempadan Johor-Singapura dikaji semula.

Bekas Perdana Menteri berkata, ia susulan keputusan kerajaan mengenai pembukaan semula sepenuhnya sempadan negara berkuatkuasa 1 April ini.

“Saya berharap SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan terutamanya di pintu sempadan darat dan air seperti di pintu sempadan Johor-Singapura tidak
membebankan dan senang difahami orang ramai.

“Saya juga ingin menegaskan kepada semua yang ingin menggunakan kemudahan pembukaan semula ini supaya sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri mengenai pembukaan semula sepenuhnya sempadan negara itu.

Katanya, keputusan itu dibuat selari dengan syor Majlis Pemulihan Negara pada 8 Februari lalu untuk pembukaan semula sempadan negara tanpa keperluan kuarantin wajib.

“Dengan peralihan ke fasa endemik Covid-19, diharapkan agar rakyat Malaysia terus mengamalkan norma-norma baharu dan cekal bagi memastikan diri dan keluarga sentiasa terlindung.

“Bagi mereka yang masih belum mendapat dos vaksin penggalak Covid-19, saya ingin menyeru kepada mereka untuk berbuat demikian secepat mungkin agar terlindung daripada kesan-kesan serius virus ini.

“Marilah kita bersama-sama menggunakan momentum pembukaan sempadan ini untuk terus menggembleng tenaga dalam usaha-usaha pemulihan negara. Saya berdoa agar Malaysia terus pulih dan terus dilindungi Allah SWT,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here