Status vaksin lalu tidak akan hilang selepas 1 April ini

0
41

CYBERJAYA – Khabar angin yang mengatakan maklumat pada aplikasi MySejahtera bagi individu penerima vaksin premier jenis Sinovac tetapi masih tidak menerima suntikan dos penggalak akan hilang dinafikan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

KKM dalam satu kenyataan berkata, pengkongsian maklumat yang tular baru-baru ini itu adalah tidak benar dan palsu dan dibuat atas sikap tidak bertanggungjawab.

“Untuk makluman, status vaksinasi Covid-19 semua penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas dan penerima semua jenis vaksin dos primer berusia 60 tahun ke atas yang masih belum mendapatkan dos penggalak hanya akan bertukar menjadi tidak lengkap.

“Ia bukan dihilangkan seperti yang dinyatakan dalam mesej tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Sebelum ini tular mesej yang mengatakan semua maklumat suntikan dos 1 dan 2 yang telah diterima akan hilang daripada data MySejahtera sekiranya tidak mendapatkan dos penggalak menjelang 1 April ini.

Pada 24 Mac lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, lebih dua juta penerima vaksin Sinovac bakal kehilangan status vaksinasi lengkap menjelang 1 April ini kerana masih belum menerima dos penggalak setelah layak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here