STL Champion Cup: Putrajaya Cyborg bakal diperkuat tekong yang pernah beraksi dalam Liga Thailand

0
3004
Salah seorang tekong yang turun menjalani latihan bersama Putrajaya Cyborg semalam

PUTRAJAYA – Putrajaya Cyborg masih lagi berteka teki tentang siapakah dua tekong baharu yang bakal beraksi bersama pasukan itu dalam kejohanan STL Champion Cup pada 20 Mac ini.

Dalam tinjauan Malakat Tribune ketika sesi latihan pasukan yang berpangkalan di Putrajaya itu semalam mendapati terdapat empat orang tekong yang turun sama berlatih.

Di antara empat tekong yang hadir itu, salah seorang daripadanya pernah bermain untuk sebuah pasukan dalam Liga Purple Thailand iaitu antara liga terbaik dunia.

Selain itu, pemain tersebut juga pernah menyarung jersi kebangsaan beberapa tahun yang lalu.

Tekong kedua yang turut hadir masih lagi bermain dengan salah sebuah pasukan teratas di liga premier STL baru-baru ini.

Seorang lagi tekong yang turut sama menjalani latihan semalam merupakan pemain yang cukup dikenali ramai berasal dari utara tanah air dan pernah dinobatkan sebagai tekong terbaik Malaysia.

Salah seorang tekong yang turun menjalani latihan bersama Putrajaya Cyborg semalam

Bercakap kepada Malakat Tribune, Ketua Jurulatih Putrajaya Cyborg, Zulkarnain Arif berkata, buat masa ini pihaknya akan membuat pengumuman rasmi selepas ini selepas segala urusan teknikal dan dokumentasi selesai diuruskan.

“Kami memerlukan sedikit lagi masa untuk mengumumkan nama dua tekong utama kami, oleh kerana urusan teknikal dan pengurusan pemindahan pemain kita terpaksa merahsiakan terlebih dahulu.

Zulkarnain

“Harapan kami agar pelepasan pemain dipermudahkan kerana pemain-pemain ini telah memberi 100 peratus komitmen kepada pasukan Putrajaya Cyborg” kata Zulkarnain.

Sebagai rekod Putrajaya Cyborg diundi bersama Kuala Lumpur Thunders, Penang Black Panthers dan Melaka Titans dalam kejohanan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here