Tarikh lihat anak bulan Ramadan 1 April

0
12
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia adalah pada Jumaat, 1 April ini bersamaan 29 Syaaban 1443 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan hari ini berkata, cerapan anak bulan Ramadan kali ini dilakukan di 29 lokasi seluruh Malaysia.

Antara lokasi terpilih adalah Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.

Selain itu, Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Sementara itu, dalam kenyataan tersebut turut menyenaraikan tiga kawasan di Kedah seperti Kampung Pulau Sayak di Kuala Muda, Pemandangan Indah di Pulau Langkawi serta Menara Alor Setar.

“Bagi negeri Terengganu pula melibatkan kawasan Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu.

“Manakala, Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak di Kota Bharu, Kelantan.

“Tiga tempat di Sarawak adalah Esplanade Luak, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu serta terdapat satu lokasi yang ditetapkan di Sabah iaitu Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan,” katanya.

Tambah kenyataan tersebut, antara tiga kawasan terpilih di Pahang merangkumi Bukit Tanjung Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindung, Kuantan.

Di Wilayah Persekutuan, ia meliputi lokasi di tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur serta Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

“Di Perlis pula tertumpu di Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here