Tengku Zafrul nafi dakwaan Leissner pernah hadiri mesyuarat TIA pada 2009

0
21
Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz

CYBERJAYA – Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz menafikan dakwaan bekas pengurus bank Goldman Sachs, Tim Leissner bahawa beliau pernah menghadiri mesyuarat mengenai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) pada tahun 2009.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan yang diterbitkan melalui sebuah artikel Free Malaysia Today (FMT) berkenaan testimoni Leissner dalam perbicaraan di Amerika Syarikat (AS).

“Saya ingin mengesahkan bahawa saya tidak pernah menghadiri sebarang mesyuarat mengenai TIA pada tahun 2009 bersama Sultan Terengganu dan individu-individu lain yang disebut dalam kenyataan tersebut,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook milikinya hari ini.

Terdahulu FMT, melaporkan bahawa nama Menteri Kewangan itu disebut dalam testimoni Leissner pada perbicaraan seorang lagi bekas pengurus bank itu, Roger Ng berkaitan 1MDB yang sedang berjalan di AS.

Leissner yang merupakan saksi perbicaraan menceritakan kepada Mahkamah Persekutuan di New York tentang satu mesyuarat peringkat tinggi mengenai TIA yang kemudiannya menjadi 1MDB.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here