
KIEV – Media antarabangsa melaporkan tentera Rusia membedil menara utama penyiaran di ibu negara Ukraine, sebentar tadi.
Laporan AP menyebut, buat masa ini lima individu dilaporkan terbunuh, manakala lima lagi tercedera dalam serangan itu.
Selain mengenai menara tersebut, serangan tadi turut merosakkan sebuah bilik kawalan siaran televisyen dan pencawang elektrik.
Sejurus serangan itu, siaran televisyen di ibu kota itu dilaporkan tidak ke udara.
Terdahulu, pihak Rusia telah mengumumkan bahawa pihaknya akan “menyerang struktur perisikan Ukraine dan sistem sokongannya, dan meminta orang ramai supaya menjauhi kawasan tersebut.”