TH sambut baik Arab Saudi umum tiada sekatan berkaitan Covid-19

0
10
Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik pengumuman Arab Saudi untuk menarik semua sekatan berkaitan Covid-19 bagi kemasukan jemaah dan pelancong ke negara itu.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, TH yakin Kerajaan Arab Saudi telah meneliti pelbagai aspek bagi memastikan keselamatan penduduk serta jemaah umrah dan haji terjamin.

“Keputusan yang dibuat ini adalah susulan situasi Covid-19 yang bertambah baik di negara tersebut.

“Bagaimanapun, rakyat dan pelancong luar masih perlu memakai pelitup muka di kawasan tertutup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi semalam mengumumkan pemansuhan semua sekatan Covid-19 termasuk penjarakan fizikal, ujian antigen pantas dan kuarantin wajib bagi kemasukan ke negara itu.

Menerusi catatan di akaun Twitter rasmi pada Isnin, sekatan yang dimansuhkan termasuk penyerahan sijil vaksinasi Covid-19 dan ujian tindak balas berantai polimerase masa nyata (PCR), sebelum atau semasa ketibaan di Arab Saudi.

Langkah itu diambil susulan penurunan kes dan kadar vaksinasi mencapai 99 peratus untuk semua penduduk berumur 12 tahun ke atas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here