Tiada penggiliran sesi di Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch

0
5
Coach Fadzil bersama Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan Malakat Eco dan Brainy Bunch, Adzhar Mohd Noor (kanan) ketika meninjau suasana hari pertama persekolahan di Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch di Cyberjaya, hari ini.

CYBERJAYA – Suasana di Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch kembali meriah dengan suara pelajar apabila mereka kembali memulakan sesi persekolahan mereka, hari ini.

Seawal pukul 7 pagi, kelihatan barisan kenderaan ibu bapa menghantar anak-anak mereka sempena pembukaan semula sesi sekolah.

Para pelajar kembali ke sekolah.

Turut hadir bagi meninjau suasana hari pertama persekolahan tersebut adalah Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd. Fadzil Hashim.

“Kita memang excited bila kita boleh buat face to face session,” kata pengasas Brainy Bunch yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil, hari ini.

Beliau turut mengumumkan bahawa Brainy Bunch telah menerima kebenaran untuk tidak membuat sesi penggiliran persekolahan kerana kapasiti kelas sedia ada membuatkan pihaknya mampu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Coach Fadzil turut berkata, pihaknya sedang menyusun kembali beberapa perkara terutamanya mengenai proses pembelajaran yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac 2021.

“Kita kena susun balik bagi kembalikan kebangkitan kita.

“Kita akan panggil semula para alumni kita supaya kita dapat gantikan aktiviti yang telah tertinggal,” jelas Coach Fadzil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here