Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas pesawat China

0
21
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) merakamkan imej pesawat malang tersebut sedang jatuh terjunam.

CYBERJAYA – Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat China Eastern Airlines yang terhempas di wilayah Guangxi, semalam.

“Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Beijing, Konsulat Jeneral Malaysia di Kunming, Nanning dan Guangzhou, Republik Rakyat China sedang memantau rapi perkembangan kemalangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Pihak Wisma Putra turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan China serta keluarga mangsa yang terbunuh dalam insiden menimpa penerbangan MU5735.

Semalam, sebuah pesawat Boeing 737-89P bernombor MU5735 terhempas di sebuah kawasan berbukit.

Pesawat membawa 132 penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Kunming ke Guangzhou.

Pasukan mencari yang memasuki kawasan nahas mengesahkan pesawat tersebut berkecai setelah terhempas, dan kini sedang menggiatkan usaha mengesan kotak hitam dan perakam suara pesawat malang tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here