Tiada syarat kuarantin kepada remaja 17 tahun ke bawah memasuki Malaysia

0
10
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

CYBERJAYA – Golongan remaja berusia 17 tahun dan ke bawah yang tiba ke negara ini dikecualikan daripada menjalani kuarantin tanpa mengira status vaksinasi mereka bermula 1 April ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, golongan itu hanya perlu melakukan ujian Covid-19 RTK Antigen dalam tempoh 24 jam selepas tiba di negara ini.

“Kami memutuskan kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah tidak perlu kuarantin selagi dia buat PCR sebelum berlepas dan RTK Ag sebelum sampai,” katanya pada sidang akhbar berkenaan peralihan ke endemik hari ini.

Sementara itu khairy berkata, individu yang tidak menerima sebarang suntikan vaksin pula perlu menjalani kuarantin selama 5 hari selepas tiba di Malaysia.

Tambah beliau, golongan yang tidak divaksin juga tidak dibenarkan dine-in di restoran sama seperti protokol dan SOP terdahulu.

Khairy memberitahu, antara protokol lain bagi pengembara adalah jika seseorang sedang menjalani kuarantin sebelum 1 April 2022, perintah kuarantin individu tersebut akan tamat pada 1hb April.

“Sebagai contoh, jika seseorang individu mula menjalani kuarantin pada 29 Mac, kuarantin tersebut akan tamat pada 1 April 2022,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan orang ramai yang berada di kawasan-kawasan sesak mengaktifkan fungsi MySejahtera Trace bagi membantu mendapatkan notifikasi sekiranya kontak rapat kepada kes positif.

“Sepertimana kita diwajibkan untuk melakukan check-in, maka untuk kawasan-kawasan yang sesak contohnya di restoran dan pusat beli-belah diwajibkan untuk mengaktifkan MySejahtera Trace kerana ia akan membantu memberi notifikasi sekiranya kita adalah kontak rapat kepada kes positif,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here