TMJ hadiah rumput baharu kepada Stadium Nasional Bukit Jalil

0
38
Kenyataan media oleh Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim

CYBERJAYA – Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat keputusan untuk menaja kos penanaman rumput baharu sebagai hadiah kepada Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam hantaran dimuat naik di Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail bertitah, rumput yang akan digunakan adalah rumput jenis Zeon Zoysia, sama seperti di Stadium Sultan Ibrahim milik JDT.

“Saya telah mengarahkan pengurusan JDT untuk membantu Perbadanan Stadium Malaysia bagi memastikan Stadium Nasional tersebut mempunyai padang yang kualitinya layak untuk perlawanan bola sepak antarabangsa,” titah baginda.

Dalam pada itu, Tunku Ismail bertitah dengan meminta pihak berkuasa stadium untuk memastikan padang itu dijaga dengan rapi.

Titah baginda, semua penggunaan bukan sukan hanya dilakukan jikalau langkah-langkah yang sesuai telah dilakukan bagi memastikan padang tersebut tidak rosak.

Keadaan padang di stadium berkenaan kembali mendapat perhatian peminat selepas Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk kejohanan Kelayakan Piala Asia Jun ini.

Paling mencuri perhatian berikutan kualiti padang di stadium berkenaan yang masih menggunakan padang jenis rumput lembu walhal pada tahun lalu Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dilaporkan telah memperuntukkan RM10 juta untuk menggantikan rumput yang ada kepada rumput berkelas dunia.

Proses penukaran rumput padang dikatakan akan mengambil masa selama sembilan bulan sekaligus mencetuskan persoalan bila agaknya proses menukar rumput baru akan dilakukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here