Tokoh al-Quran dan taranum, Ustaz Nik Jaafar meninggal dunia

0
731
Datuk Nik Jaafar Nik Ismail

CYBERJAYA – Tokoh Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2018, Datuk Nik Jaafar Nik Ismail menghembuskan nafas terakhir pada usia 86 tahun hari ini.

Pemergiannya Allahyarham menyusuli anakandanya, Allahyarham Nik Azizan Nik Jaafar yang kembali ke rahmatullah pada 16 Mac lalu.

Dalam satu hantaran dalam laman Facebook, bekas Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, sumbangan Allahyarham terhadap agama sangat besar sehingga menerima penghargaan daripada kerajaan.

“Saya mengenali Allahyarham sebagai seorang tokoh al-Quran dan guru tarannum yang disegani bukan sahaja di peringkat kebangsaan, bahkan juga antarabangsa.

“Atas sumbangannya yang besar dalam bidang al-Qur’an, beliau dinobatkan sebagai Tokoh Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 2018

“Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya ke atas beliau dan anakandanya serta ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman,” tulisnya.

Pada minggu lalu anaknya yang mengikut jejak langkahnya sebagai tokoh al-Quran dan guru taranum meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Allahyarham Ustaz Nik Azizan

Allahyarham aktif menyampaikan ilmu al-Quran melalui pelbagai saluran sebagai pembimbing rancangan Jom Taranum di TV9 dan rancangan Tartil di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here