Tujuh negeri catat peratusan penggunaan katil ICU lebih 50 peratus

0
8
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Penularan varian Omicron yang masih tinggi dalam komuniti ketika ini menyaksikan kadar penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) melepasi 50 peratus di tujuh negeri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 73 peratus diikuti dengan Putrajaya 67 peratus.

“Negeri-negeri lain yang mencatatkan peratusan tinggi adalah Perlis (64 peratus), Kelantan (63 peratus), Selangor (57 peratus), Pulau Pinang dan Sarawak (55 peratus) dan Johor (53 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, negara merekodkan sebanyak 24,241 kes positif baharu Covid-19 semalam menjadikan kumulatif kes Covid-19 dalam negara sebanyak 3,951,678.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 185 kes bersamaan 0.76 peratus melibatkan kategori tiga hingga lima manakala selebihnya kategori satu dan dua.

Beliau berkata, manakala sebanyak 26,615 kes sembuh dilaporkan semalam menjadikan kes sembuh kumulatif sebanyak 3,623,068.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here