Ukraine dakwa 1,207 orang awam maut dalam serangan di Mariupol

0
9
Kesan kemusnahan akibat serangan Rusia ke atas sebuah hospital kanak-kanak di Mariupol, Ukraine.

KYIV – Sebanyak 1,207 orang awam dilaporkan maut dalam serangan dan pengepungan selama sembilan hari oleh tentera Rusia di bandar pelabuhan Mariupol negara ini.

Pihak berkuasa bandar di tenggara Laut Azov itu berkata, dalam insiden terbaru semalam, serangan tentera Rusia turut merosakkan sebuah hospital kanak-kanak di bandar yang didiami lebih 400,000 orang itu.

Dalam serangan itu, 17 kakitangan hospital berkenaan dilaporkan cedera namun tidak dilaporkan jumlah sebenar kecederaan melibatkan kanak-kanak.

Rakaman video di tempat kejadian menunjukkan polis dan askar bergegas mengeluarkan wanita mengandung dari hospital berkenaan.

Pengepungan ke atas bandar Maiupol menyebabkan hampir setengah juta penduduk kini terputus bekalan keperluan makanan, air, elektrik dan komunikasi.

Datuk Bandar, Vadym Boichenko berkata, penindasan Rusia yang tidak berperikemanusian itu tidak sepatutnya melibatkan orang awam apatah lagi sebuah hospital kanak-kanak.

“Hari ini hati saya penuh dengan kemarahan. Rusia yang diketuai oleh Vladimir Putin terus melakukan serangan udara ke atas bandar yang aman, menembak ke arah hospital kanak-kanak tapi belas kasihan.

“Jelas mereka mahu meragut nyawa anak-anak kami, wanita dan doktor kami,” katanya.

Video kemusnahan kawasan itu turut dikongsikan Presiden Ukraine, Volodymr Zelenskyy melalui akaun Twitternya.

Zelenskyy berulang kali mengesa sekutu antarabangsanya mewujudkan zon larangan terbang di bahagian sempadan Ukraine- Rusia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here