
LONDON – Ukraine dilaporkan sudah memohon secara rasmi untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU).
Laporan Sky News menyebut, permohonan rasmi itu telahpun ditandatangani oleh Presiden Volodymyr Zelenskyy, sebentar tadi.
Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmyhal yang memaklumkan perhononan tersebut, turut turut memuat naik gambar selepas dokumen permohonan tersebut ditandatangani dalam satu ciapannya sebentar tadi.
“Ini adalah kemahuan Ukraine dan rakyatnya. Kami layak berbuat demikian,” kata Shmyal dalam ciapan itu.
Sementara itu, Duta Ukraine ke Lebanon mendedahkan, Rusia telah menghantar kira-kira 400 tentera upahan bagi memburu dan membunuh Zelenskyy.
Kata Ihor Ostash, anggota tentera upahan dari Wagner Group itu, turut menyasarkan Kabinet Ukraine dan beberapa individu penting.
“Menurut maklumat dari Britain, Wagner telah menghantar 400 anggota mereka ke Kiev.
“Mereka diberi misi untuk menghapuskan tokoh politik negara, dan sebagai imbalan, akan diberi wang yang banyak. Kami tidak takut dengan mereka,” kata Ostash.
Ostash dilaporkan berkata demikian ketika sedang membentangkan laporan harian mengenai serangan Rusia ke atas negaranya kepada wartawan tempatan.