
KIEV – Rakyat Ukraine perlu menerima hakikat bahawa negara itu tidak akan dapat menyertai Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang dipimpin Amerika Syarikat (AS).
Laporan Al Jazeera menyebut, kenyataan itu disebut sendiri oleh Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.
“Ukraine bukan anggota NATO.Sudah bertahun kami dengar bahawa pintu (untuk menertainya) masih terbuka, tapi kami juga diberitahu kami tidak boleh menyertainya.
“Ia satu kenyataan yang perlu kami terima,” kata Zelensky.
Beliau dilaporkan berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan sebuah pasukan ekspedisi bersama ketenteraan yang diketuai United Kingdom (UK) ke negara itu, semalam.
“Saya amat kagum dengan semangat rakyat Ukraine yang kini sudah boleh menerima hakikat itu dan bergantung kepada usaha sendiri sambil dibantu negara rakan dalam mempertahankan negara,” katanya lagi.
Minat Ukraine mahu menyertai NATO merupakan punca utama negara itu diserang tentera Rusia sejak lebih dua minggu lalu.