Walapun kalah aksi terakhir, Putrajaya Cyborg berjaya layak ke saingan Super Cup

0
385
Aksi terakhir Liga STL semalam antara Perak Bison menentang Putrajaya Cyborg

IPOH – Putrajaya Cyborg mengakhiri saingan Emas Anuar STL di Stadium Indera Mulia di sini untuk berada di tangga kelima liga, sekali gus melayakkan diri ke saingan Super Cup di Johor Baharu.

Walaupun tewas kepada pasukan tuan rumah Perak Bison semalam, Putrajaya Cyborg tidak memberikan laluan yang mudah bagi Perak Bison yang bergelut agar tidak diturunkan ke divisyen satu.

“Perjuangan tidak akan berakhir di sini, persiapan dan persedian yang rapi serta penambahan pemain baharu telah dirancang oleh pihak pengurusan dan kejurulatihan Putrajaya Cyborg bagi memastikan mendapat podium di Super Cup nanti” kata pengurus Putrajaya Cyborg, Shahzan Ismail.

Shahzan Ismail

Dalam pada itu beliau turut berpuas hati dengan keputusan berada di tangga kelima Emas Anuar STL.

Shahzan berkata, ini kerana buat julung kalinya Putrajaya Cyborg melangkah ke pentas tertinggi liga sepak takraw Malaysia.

Malah katanya, tidak semua pasukan dapat mengekalkan kedudukan dan berada di saingan premier STL yang menampilkan pasukan terbaik Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here