Wartawan Rusia maut dalam serangan di Ukraine

0
16
Oksana Baulina. Foto / Alexey Kovalyov

KIEV – Seorang wartawan penyiaran Rusia dilaporkan maut dalam serangan tentera Rusia di ibukota Ukraine, semalam.

Mangsa, Oksana Baulina dari stesen televisyen The Insider meninggal dunia ketika membuat liputan di bahagian barat Ukraine, Lviv menurut laporan berita luar negara.

Seorang lagi dilaporkan terbunuh dalam kejadian yang sama manakala dua lagi cedera.

Baulina sebelum itu pernah berkhidmat dengan kumpulan anti rasuah pimpinan parti pembangkang Rusia, Alexei Navalny.

Pada tahun lalu, yayasan tersebut dilabel sebagai badan pelampau dan diharamkan oleh kerajaan pemerintah Rusia menyebabkan ramai kakitangannya meninggalkan negara itu.

Sementara itu, dalam perkongsian rakan mangsa yang juga seorang wartawan, Alexey Kovalyov menyifatkan Baulina seorang wartawan yang berani dan beretika dalam membuat liputan.

“Baulina adalah individu yang sentiasa berada di depan barisan dalam banyak protes,” katanya melalui ciapan Twitter.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here