Will Smith ‘lempang’ Chris Rock kerana persendakan isterinya

0
145
Will Smith

LOS ANGELES – Kegemilangan Anugerah Academy Awards 2022 dicemari dengan insiden aktor terkenal Will Smith menampar pelawak Chris Rock di pentas anugerah itu sebentar tadi.

Smith menjadi berang apabila Rock, yang terkenal sebagai suara ‘Donkey’ dalam filem animasi Shrek, mempersendakan isterinya, Jada Pinkett Smith, yang muncul dengan imej botak.

Isteri Smith difahamkan mengalami keadaan kesihatan dikenali sebagai ‘alopecia’ yang melibatkan keguguran rambut serius.

Majlis yang diadakan di Dolby Theatre, Los Angeles itu turut disiarkan secara langsung ke seluruh dunia.

Sejurus kejadian, Rock yang jelas kelihatan terkejut cuba menenangkan keadaan namun Smith terus melaung supaya dia tidak menyebut nama isterinya lagi.

Smith kemudiannya dinobatkan sebagai Aktor Terbaik menerusi filem King Richard.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here