Zafesha Simply teruja lahirkan ramai usahawan

0
98
Pengasas produk Zafesha Simply, Siti Aishah bersama suami, Afizam pada majlis makan malam sempena menghargai ejen-ejen yang mencapai jualan tertinggi baru-baru ini.

SELEPAS lima tahun membina ’empayar’ dalam perniagaan produk kosmetik, tiada yang lebih bermakna bagi Siti Aishah Muhamad, 40, selain melahirkan lebih ramai usahawan di bawah bimbingannya.

Bagi pengasas syarikat Zafesha Networking & Marketing Sdn. Bhd, itu, kejayaan dalam bidang perniagaan tidak hanya terletak pada keuntungan tetapi memberi lebih kepuasan apabila kejayaan yang dikecapi dapat dikongsi dengan orang lain.

Siti Aishah berkata, hasil perkongsian ilmu dan pengalaman dalam dunia perniagaan yang diceburinya, beliau kini mempunyai kira-kira 3,000 ejen produk Zafesha Simply.

Menariknya kata beliau, hasil daripada RM24 juta pendapatan yang diraih pada tahun lalu, syarikatnya telah melahirkan ramai ‘Usahawan Jutawan’.

“Tahun lepas sahaja kami berjaya lahirkan 6 Usahawan Jutawan yang berjaya mencatatkan jualan melebihi RM1 juta. Untuk tahun 2022, kami sasarkan sekurang-kurangnya 20 orang lagi.

“Pada tahun ini juga kami berhasrat merekrut 10,000 usahawan yang dapat menjana pendapatan daripada jenama ini,” katanya yang dibantu suami, Afizam Abdul Aziz, 43, selaku pengarah syarikat.

Siti Aishah bersama Afizam yang berhasrat melahirkan 10,000 usahawan pada tahun ini.

Peluang itu menurut Siti Aishah secara langsung telah membantu ramai usahawan bimbingannya membaiki taraf kehidupan khususnya dalam kalangan suri rumah yang berhasrat menambah pendapatan.

Berkongsi kejayaannya, anak Felda Redong 1, Segamat Johor itu mengakui pengalaman bermula dari bawah selama berbelas tahun banyak membantu beliau dan suami mengembangkan jenama Zafesha Simply.

Siti Aishah berkata, bersandarkan pengalaman itu jugalah beliau tidak mahu mereka yang baharu menceburi bidang perniagaan produk tersilap langkah.

“Sebelum ini pelbagai jenis perniagaan telah kami ceburi antaranya menerima tempahan kad kahwin, menjadi pengurus majlis perkahwinan, mengusahakan gerai dan kedai makan.

“Kami juga hampir muflis kerana tidak mampu menjelaskan pinjaman peribadi sehingga kereta pun hampir ditarik bank,” katanya.

Bagaimanapun katanya, rezeki mula memihak kepada mereka selepas memperkenalkan produk Zafesha Simply pada 2017 dan berkembang pesat hasil ‘pukulan’ perniagaan secara dalam talian pada tahun yang sama.

Kata Siti Aishah, keyakinan terhadap perniagaan yang mendapat sambutan luar biasa itu kemudian memberi kekuatan kepada beliau untuk berhenti kerja sebagai jururawat seterusnya memberi tumpuan penuh kepada perniagaan.

Kini syarikat yang berpangkalan di Segamat, Johor itu mempunyai 12 SKU di bawah jenama Zafesha Simply yang popular dengan produk penjagaan kulit dan foundation.

“Alhamdulillah semua produk kami mendapat pengiktirafan daripada SIRIM, Kementerian Kesihatan (KKM), sijil halal oleh Jakim, pihak berkuasa Singapura dan Brunei.

“Selain pasaran tempatan, kami juga mula memasuki pasaran negara jiran dengan 5,000 pelanggan di Singapura dan Brunei,” katanya.

Mengulas peluang yang ditawarkan kepada ejen produk, Afizam berkata, pihaknya menawarkan bimbingan asas perniagaan dan pemasaran secara online dan offline melalui Akademi Zafesha.

“Melalui akademi ini hasrat kami adalah untuk memastikan semua usahawan yang menyertai kami dilengkapi dengan ilmu dan strategi perniagaan yang membolehkan mereka berjaya,” katanya.

Selain itu kata Afizam, usahawan Zafesha juga mempunyai kelebihan dari segi pusingan modal kerana tidak dibebani pegangan stok.

“Mereka tidak perlu menyimpan stok sebaliknya hanya perlu mencari pelanggan. Penghantaran produk akan dilakukan oleh kami, jadi mereka tidak tanggung apa-apa kerugian,” katanya.

Kelebihan itu juga katanya memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjadi ejen kepada produk Zafesha Simply.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here